Wednesday, August 1, 2012

PROMOSI BUFFET RAMADHAN

PROMOSI BUFFET RAMADHAN
GEMA IFTAR RAMADHAN BUFFET, buat julung kalinya, MSNS Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Segi Seri Sdn Bhd telah menganjurkan Buffet Ramadhan di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam.

Hidangan Buffet Ramadhan yang berkonsepkan Tradisi Melayu &  Moden akan dibuka bermula jam 6:00 petang dan berakhir 10:00 malam.  Para pengunjung boleh menikmati semua hidangan disediakan pada harga serendah RM45.00 bagi dewasa, dan RM20.00 bagi kanak-kanak beserta pakej harga istimewa bagi pengunjung yang datang berkumpulan.

Terdapat 60 juadah asli melayu & moden yang dihidangkan akan bertukar mengikut menu dan hari pilihan.  Selain itu terdapat 12 warung pilihan untuk menu-menu seperti sup tulang, satay, ikan bakar, laksa, mee rebus, ketam tumis sambal, kambing masak kuzi, udang sambal petai dan pelbagai menu-menu istimewa lagi.

Pihak penganjur juga menyediakan ruang solat yang besar beserta kelengkapan seperti telekung dan sejadah dan juga turut menjemput kumpulan Ghazal asli untuk halwa telinga sambil menikmati juadah berbuka puasa. Kaunter tempahan Buffet Ramadhan telah dibuka, dan sebarang tempahan sila hubungi talian 03 5511 8236 atau 012 3468 519 dan 012 3468 524.

Sunday, July 29, 2012

ANTARA YANG MENARIK GEMA IFTAR BUFFET RAMADHAN

Setelah seminggu beroperasi, alhamdullilah Gema Iftar Ramadhan Buffet kerjasama antara MSNS Holdings Sdn Bhd dan Segi Seri Sdn Bhd telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan.  Antara keistimewaan di buffet ini, pengunjung akan disajikan beraneka makanan yang lazat dan panas sambil didendangkan dengan persembahan Ghazal.  Selain itu, pihak penganjur menyediakan ruang solat yang luas serta selesa dan ruang parkir yang luas.  Berikut adalah antara gambar-gambar menarik sepanjang Gema Iftar Ramadhan:

Sebarang tempahan @ pertanyaan boleh hubungi kami di:
https://www.facebook.com/msns.holdings.official
Tel: 03 5511 8236 @ 012 3468 519
** Diskaun istimewa jika membawa lebih dari 10 orang

























Wednesday, July 25, 2012

GEMA IFTAR RAMADHAN BUFFET 2012



MSNS Holdings Sdn Bhd  dengan kerjasama Segi Seri Sdn Bhd akan menganjurkan buffet Ramadhan di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor bertemakan "GEMA IFTAR RAMADHAN BUFFET 2012".

Antara menu istimewa yang diperkenalkan seperti set BBQ, kambing golek, daging masak hitam manis, dendeng rumah gandang dan sotong masak Makassar.  Pengurus Besar MSNS Holdings Sdn Bhd, En Rohaidi Tugiro berkata, buffet Ramadhan ini juga adalah antara usaha mempromosikan kompleks berkenaan.

Berkonsepkan tradisi Melayu turut mempersembahkan 45 juadah makanan dari semasa ke semasa.  Pelbagai promosi lain turut dihidangkan, pengalaman berbuka secara eksklusif diiringi muzik ghazal tradisional.  Gema Iftar Ramadhan ini juga turut mempromosikan harga terendah yang berpatutan serendah RM20 bagi kanak-kanak, RM45 bagi dewasa dan RM30 bagi warga emas yang berumur 60 tahun sehingga  26 Ramadhan. Bagi promosi Early Bird bermula 23hb Julai 2012 sehingga 29hb Julai 2012 harga bagi dewasa ialah RM30 seorang.

Antara yang menu yang menarik:
Untuk sebarang pertanyaan / tempahan sila rujuk ke:

https://www.facebook.com/msns.holdings.official
MSNS Holdings Sdn Bhd : 03 5511 8236  /  012 3468 519

Tuesday, March 20, 2012

PETA KE KBKNS UNTUK RUJUKAN


Utk. Pertanyaan:
 
MSNS Holdings Sdn. Bhd.
03-5511 8236

Monday, March 19, 2012

PENGUMUMAN PENTING!

Sebagai salah satu anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), MSNS Holdings Sdn. Bhd. (MSNSH) telah diberi mandat untuk menguruskan beberapa aset dan fasiliti di bawah kerajaan Negeri Selangor seperti Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor (KBKNS).

Selain KBKNS, ada beberapa lagi fasiliti yang diurustadbir oleh MSNSH seperti Kompleks Sukan SUKSES Seksyen 6 (KSSS6), Lawnbowl Seksyen 13, Carlton Holiday and Hotel Seksyen 13.

Segala urusan penempahan dewan, fasiliti dan sebagainya boleh dibuat kepada:
MSNS Holdings Sdn Bhd
Aras 4, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-5511 8236 / 5512 5582
Fax: 03-5519 3276
www.msnsholdings.com.my