Wednesday, June 23, 2010

DEWAN RAJA MUDA MUSA



Dewan serbaguna ini dapat menampung sehingga 5000 orang untuk majlis seminar atau perhimpunan.Untuk majlis perkahwinan pula boleh memuatkan sehingga 1800 orang. Ruang utama yang disediakan ialah pentas,stor,bilik persalinan,tandas,dan bilik projector

Monday, June 21, 2010

BILIK MESYUARAT TINGKAT 1



Bilik Mesyuarat ini boleh memuatkan seramai 50 orang dalam satu masa

Peta lokasi



Satu tapak yang stategi di Shah Alam iaitu di kawasan Seksyen 7 telah diperuntukan bagi tujuan pembinaan Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor. Keluasan tapaknya ialah 12 ekar.

Latar belakang



Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor (KBKNS) adalah sebuah projek mega yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh dan Rancangan Malaysia ke Lapan dan menjadi salah satu mercu tanda utama pembangunan Shah Alam, ibu negeri Selangor. Ia telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo(Menteri Besar Selangor) pada 27 julai 2001 bersamaan 6 Jamadilawal. Reka bentuk KBKNS pada keseluruhannya adalah berpandukan kepada alat-alat muzik tradisional melayu....untuk bangunan pejabat adalah gong manakala Dewan serbaguna adalah Gamelan...selain itu terdapat juga kemudahan lain seperti Dataran Karyawan dan Padang bola.  Berkuatkuasa pada 1hb Disember 2011 Kerajaan Negeri telah memberi mandat kepada MSNS Holdings Sdn Bhd (Syarikat Milik Penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)) untuk menguruskan Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor.