Sunday, July 29, 2012

ANTARA YANG MENARIK GEMA IFTAR BUFFET RAMADHAN

Setelah seminggu beroperasi, alhamdullilah Gema Iftar Ramadhan Buffet kerjasama antara MSNS Holdings Sdn Bhd dan Segi Seri Sdn Bhd telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan.  Antara keistimewaan di buffet ini, pengunjung akan disajikan beraneka makanan yang lazat dan panas sambil didendangkan dengan persembahan Ghazal.  Selain itu, pihak penganjur menyediakan ruang solat yang luas serta selesa dan ruang parkir yang luas.  Berikut adalah antara gambar-gambar menarik sepanjang Gema Iftar Ramadhan:

Sebarang tempahan @ pertanyaan boleh hubungi kami di:
https://www.facebook.com/msns.holdings.official
Tel: 03 5511 8236 @ 012 3468 519
** Diskaun istimewa jika membawa lebih dari 10 orang

























Wednesday, July 25, 2012

GEMA IFTAR RAMADHAN BUFFET 2012



MSNS Holdings Sdn Bhd  dengan kerjasama Segi Seri Sdn Bhd akan menganjurkan buffet Ramadhan di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor bertemakan "GEMA IFTAR RAMADHAN BUFFET 2012".

Antara menu istimewa yang diperkenalkan seperti set BBQ, kambing golek, daging masak hitam manis, dendeng rumah gandang dan sotong masak Makassar.  Pengurus Besar MSNS Holdings Sdn Bhd, En Rohaidi Tugiro berkata, buffet Ramadhan ini juga adalah antara usaha mempromosikan kompleks berkenaan.

Berkonsepkan tradisi Melayu turut mempersembahkan 45 juadah makanan dari semasa ke semasa.  Pelbagai promosi lain turut dihidangkan, pengalaman berbuka secara eksklusif diiringi muzik ghazal tradisional.  Gema Iftar Ramadhan ini juga turut mempromosikan harga terendah yang berpatutan serendah RM20 bagi kanak-kanak, RM45 bagi dewasa dan RM30 bagi warga emas yang berumur 60 tahun sehingga  26 Ramadhan. Bagi promosi Early Bird bermula 23hb Julai 2012 sehingga 29hb Julai 2012 harga bagi dewasa ialah RM30 seorang.

Antara yang menu yang menarik:
Untuk sebarang pertanyaan / tempahan sila rujuk ke:

https://www.facebook.com/msns.holdings.official
MSNS Holdings Sdn Bhd : 03 5511 8236  /  012 3468 519