Wednesday, July 25, 2012

GEMA IFTAR RAMADHAN BUFFET 2012



MSNS Holdings Sdn Bhd  dengan kerjasama Segi Seri Sdn Bhd akan menganjurkan buffet Ramadhan di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor bertemakan "GEMA IFTAR RAMADHAN BUFFET 2012".

Antara menu istimewa yang diperkenalkan seperti set BBQ, kambing golek, daging masak hitam manis, dendeng rumah gandang dan sotong masak Makassar.  Pengurus Besar MSNS Holdings Sdn Bhd, En Rohaidi Tugiro berkata, buffet Ramadhan ini juga adalah antara usaha mempromosikan kompleks berkenaan.

Berkonsepkan tradisi Melayu turut mempersembahkan 45 juadah makanan dari semasa ke semasa.  Pelbagai promosi lain turut dihidangkan, pengalaman berbuka secara eksklusif diiringi muzik ghazal tradisional.  Gema Iftar Ramadhan ini juga turut mempromosikan harga terendah yang berpatutan serendah RM20 bagi kanak-kanak, RM45 bagi dewasa dan RM30 bagi warga emas yang berumur 60 tahun sehingga  26 Ramadhan. Bagi promosi Early Bird bermula 23hb Julai 2012 sehingga 29hb Julai 2012 harga bagi dewasa ialah RM30 seorang.

Antara yang menu yang menarik:
Untuk sebarang pertanyaan / tempahan sila rujuk ke:

https://www.facebook.com/msns.holdings.official
MSNS Holdings Sdn Bhd : 03 5511 8236  /  012 3468 519

No comments:

Post a Comment