Monday, March 24, 2014

BILIK SEMINAR DI KOMPLEKS BELIA 
&
KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR


Di Kompleks Belia & Kebudayan Negeri Selangor menyediakan perkhidmatan Bilik Seminar untuk disewa di Komplek Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,Seksyen 7 Shah Alam, dimana anda boleh menganjurkan pelbagai program di sini seperti ceramah, bengkel, seminar dan sebagainya. 

 Theater Style 



Wednesday, March 19, 2014

EXPO PERKAHWINAN 2014

EXPO PERKAHWINAN 2014

Alis Chenta dibawah naungan MSNS Holdings Sdn Bhd telah menyertai EXPO PERKAHWINAN 2014 pada 27 Februarai - 02 Mac 2014  (Jumaat-Ahad) bertempat di Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Di bawah adalah  suasana semasa EXPO PERKAHWINAN 2014 diadakan :-












Tuesday, July 23, 2013

GALA DINNER LIGA PERANGSANG SELANGOR 2013


GALA DINNER LIGA PERANGSANG SELANGOR 2013

Dengan berakhirnya Liga Perangsang Selangor 2013 pada 7 Julai yang lalu, kami telah mengadakan Gala Dinner bagi meraikan pemain-pemain serta pemenang pada 20 Julai 2013. Antara tetamu yang hadir adalah Yang Berhormat Dr Ahmad Yunus Bin Hairi, Exco Belia Dan Sukan,Insfrastruktur dan Kemudahan Awan Negeri Selangor Darul Ehsan, Yang Berbahagia En Fauzi Bin Mohd Ghazali, Pengurus Kanan Tanggungjawab Sosial Korporat, Kumpulan Perangsang, Yang Berusaha En Rohaidi Bin Tugiro, Pengurus Besar MSNS Holdings Sdn Bhd, En Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, serta pemenang yang mendapat tempat Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat. Majlis diadakan di Laman Kayangan, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor.
























Friday, July 12, 2013

GALA DINNER PERANGSANG SELANGOR CUP 2013


          GALA DINNER PERANGSANG 
SELANGOR CUP 2013





Dengan berakhirnya Liga Perangsang Selangor 2013 pada 7 Julai yang lalu, kami akan mengadakan Gala Dinner bagi meraikan pemain-pemain serta pemenang pada 20 Julai 2013. Kepada ahli keluarga dan penyokong-penyokong pasukan yang terlibat, anda boleh menyertai pasukan anda pada malam tersebut dengan membuat pembelian tiket daripada kami. Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, sila hubungi:-


Norhidayu 012-346 8519
Yuhana    012-7285104
03-5511 8429
03-5512 5582

atau e-mail kepada:-
admin@msnsholdings.com.my


Friday, July 5, 2013

RAMADHAN BUFFET 1434H 2013

            PROMOSI BUFFET RAMADHAN


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.. 

GEMA IFTAR RAMADHAN BUFFET, buat julung kalinya, MSNS Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Segi Seri Sdn Bhd telah menganjurkan Buffet Ramadhan di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam.

Berbuka puasa dengan 201 JENIS JUADAH SETIAP HARI bersama-sama keluarga dan rakan sekerja di Dataran Karyawan, Kompleks Belia & Sukan Seksyen 7 Shah Alam dengan harga sangat berpatutan dan lokasi yang berkonsepkan hotel. 

Hidangan Buffet Ramadhan yang berkonsepkan Tradisi Melayu &  Moden akan dibuka bermula jam 6:00 petang dan berakhir 10:00 malam.  Para pengunjung boleh menikmati semua hidangan disediakan pada harga serendah RM55.00 bagi dewasa, dan RM27.50 bagi kanak-kanak beserta pakej harga istimewa bagi pengunjung yang datang berkumpulan.

Pihak penganjur juga menyediakan ruang solat yang besar beserta kelengkapan seperti telekung dan sejadah dan juga turut menjemput kumpulan Ghazal asli untuk halwa telinga sambil menikmati juadah berbuka puasa. Kaunter tempahan Buffet Ramadhan telah dibuka, dan sebarang tempahan sila hubungi talian:-Norhidayu 012-3468519  & Yuhana 0127285104

More:- https://www.facebook.com/alischentakayangan

Wednesday, July 3, 2013

Dokumen Sebutharga Pembersihan


Dokumen Sebutharga


  • Cadangan Kerja-kerja Perkhidmatan Pembersihan Kawasan Luar Dan Dalam Serta Landaskap Di Bangunan Utama Dan Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri selangor.
  • Dokumen Sebutharga boleh dibeli di Pejabat Urusan MSNSH pada 1 July 2013. Tarikh tutup pada 15 July 2013 . Dokumen berharga RM50.00
Jika Berminat sila hubungi:

MSNS Holdings Sdn Bhd (226512-T)

Tingkat 4, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Seksyen 7,Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telephone: +603- 5511 8236

Wednesday, August 1, 2012

PROMOSI BUFFET RAMADHAN

PROMOSI BUFFET RAMADHAN
GEMA IFTAR RAMADHAN BUFFET, buat julung kalinya, MSNS Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Segi Seri Sdn Bhd telah menganjurkan Buffet Ramadhan di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam.

Hidangan Buffet Ramadhan yang berkonsepkan Tradisi Melayu &  Moden akan dibuka bermula jam 6:00 petang dan berakhir 10:00 malam.  Para pengunjung boleh menikmati semua hidangan disediakan pada harga serendah RM45.00 bagi dewasa, dan RM20.00 bagi kanak-kanak beserta pakej harga istimewa bagi pengunjung yang datang berkumpulan.

Terdapat 60 juadah asli melayu & moden yang dihidangkan akan bertukar mengikut menu dan hari pilihan.  Selain itu terdapat 12 warung pilihan untuk menu-menu seperti sup tulang, satay, ikan bakar, laksa, mee rebus, ketam tumis sambal, kambing masak kuzi, udang sambal petai dan pelbagai menu-menu istimewa lagi.

Pihak penganjur juga menyediakan ruang solat yang besar beserta kelengkapan seperti telekung dan sejadah dan juga turut menjemput kumpulan Ghazal asli untuk halwa telinga sambil menikmati juadah berbuka puasa. Kaunter tempahan Buffet Ramadhan telah dibuka, dan sebarang tempahan sila hubungi talian 03 5511 8236 atau 012 3468 519 dan 012 3468 524.