Wednesday, August 1, 2012

PROMOSI BUFFET RAMADHAN

PROMOSI BUFFET RAMADHAN
GEMA IFTAR RAMADHAN BUFFET, buat julung kalinya, MSNS Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Segi Seri Sdn Bhd telah menganjurkan Buffet Ramadhan di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam.

Hidangan Buffet Ramadhan yang berkonsepkan Tradisi Melayu &  Moden akan dibuka bermula jam 6:00 petang dan berakhir 10:00 malam.  Para pengunjung boleh menikmati semua hidangan disediakan pada harga serendah RM45.00 bagi dewasa, dan RM20.00 bagi kanak-kanak beserta pakej harga istimewa bagi pengunjung yang datang berkumpulan.

Terdapat 60 juadah asli melayu & moden yang dihidangkan akan bertukar mengikut menu dan hari pilihan.  Selain itu terdapat 12 warung pilihan untuk menu-menu seperti sup tulang, satay, ikan bakar, laksa, mee rebus, ketam tumis sambal, kambing masak kuzi, udang sambal petai dan pelbagai menu-menu istimewa lagi.

Pihak penganjur juga menyediakan ruang solat yang besar beserta kelengkapan seperti telekung dan sejadah dan juga turut menjemput kumpulan Ghazal asli untuk halwa telinga sambil menikmati juadah berbuka puasa. Kaunter tempahan Buffet Ramadhan telah dibuka, dan sebarang tempahan sila hubungi talian 03 5511 8236 atau 012 3468 519 dan 012 3468 524.

No comments:

Post a Comment