Monday, June 21, 2010

Latar belakang



Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor (KBKNS) adalah sebuah projek mega yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh dan Rancangan Malaysia ke Lapan dan menjadi salah satu mercu tanda utama pembangunan Shah Alam, ibu negeri Selangor. Ia telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo(Menteri Besar Selangor) pada 27 julai 2001 bersamaan 6 Jamadilawal. Reka bentuk KBKNS pada keseluruhannya adalah berpandukan kepada alat-alat muzik tradisional melayu....untuk bangunan pejabat adalah gong manakala Dewan serbaguna adalah Gamelan...selain itu terdapat juga kemudahan lain seperti Dataran Karyawan dan Padang bola.  Berkuatkuasa pada 1hb Disember 2011 Kerajaan Negeri telah memberi mandat kepada MSNS Holdings Sdn Bhd (Syarikat Milik Penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)) untuk menguruskan Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment